Thursday, 4 August 2011

Pameran Pedang

Assalamu'alaikum wrh wbt,

Alhamdulillah, pada 31hb Julai 2011 yang lepas, Persatuan Mahasiswa Islam Masterskill telah mengadakan lawatan ke Pameran Pedang Rasulullah s.a.w yang bertempat di Kompleks Kesenian Islam Yayasan Restu, Shah Alam, Selangor.

Seramai 30 orang pelajar telah turut serta dalam lawatan ini. Para pelajar didedahkan dengan replika pedang-pedang yang telah digunakan oleh nabi muhammad s.a.w. Selain itu para pelajar didedahkan dengan replika rumah nabi muhammad serta kehidupan yang telah dilalui oleh baginda. Para pelajar juga telah didedahkan bagaimana penurunan wahyu pertama serta warisan al-Quran yang di jaga dan dimartabatkan sejak turun-temurun lagi.

Ahli-ahli jawatankuasa MIM sedang berdiskusi.

Sebahagian dari peserta muslimah dan ahli jawatankuasa MIM.

Sebahagian dari peserta yang baru tiba di lokasi pameran.



Lawatan ini telah berakhir dengan jayanya pada pukul 2.30 petang. Banyak ilmu serta pengalaman baru telah kami peroleh. Semoga pengisian yang bermakna ini mampu membina jiwa-jiwa islami untuk meraih redha Allah. InsyaAllah.

Wassalam.