BICARA PRESIDEN

Assalamu'alaikum wrh wbt,
Selawat dan Salam didahulukan kepada Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Apa khabar sahabat-sahabat diluar sana? Moga kalian semua selamat dibawah naungan dan kasih sayang ALLAH.Selamat mengikuti blog Mahasiswa Islam Masterskill(MIM).
Alhamdulillah,syukur ke hadrat ALLAH kerana dengan limpah rahmat dan keizinannya,kita semua masih lagi diberikan peluang untuk bernafas lagi di bumi ALLAH ini,Tapi perlu diingatkan kepada sahabat-sahabat bahawa walaupun diberikan peluang untuk bernafas lagi pada hari ini tidak bermakna ALLAH meredhai setiap segala perbuatan yang telah kita lakukan atau yang sedang kita lakukan.Sentiasa perlulah kita bermuhasabah akan diri ini bagi mengingatkan bahawa kita hanyalah hamba disisi ALLAH.

Baru baru ini,rakyat dunia dikejutkan dengan amaran dari ALLAH iaitu gempa bumi yang melanda ACHEH,INDONESIA.Gegaran sekuat 8.9 pada Skala Richter itu cukup menggerunkan penduduk dunia sehinggakan gegaran dapat dirasai di negara negara sekitar INDONESIA seperti MALAYSIA yang juga turut merasai gegaran tersebut.

Sahabat,adakah setiap kali ditimpakan bencana baru kita tercari cari pada pencipta kita?
Hiburan yang melampau,pergaulan yang terlalu bebas hinggakan menjadi semakin murah akan harga diri seorang perempuan seolah olah perempuan hanya dijadikan sebagai pemuas nafsu lelaki.
Ingatlah sahabat sahabat sekalian,sesungguhnya segala kemaksiatan yang dilakukan akan mengundang kemarahan dan bala dari ALLAH.Dan apabila bala ALLAH turun,kita pasti tidak akan sanggup menghadapinya.Jadi solusinya,marilah sama sama kita kembali kepada KHALIQ kita iaitu pencipta kita yang maha agung ALLAH S.W.T.

Sesungguhnya,ALLAH maha penerima taubat,bertaubatlah sebelum nyawa di hujung tanduk.Sabda Rasululllah S.A.W yang bermaksud : Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya iaitu kitab ALLAH yakni AL-QURAN dan sunnah Rasulullah,”(S.A.W)Hadis Imam Malik.

Lihatlah betapa adilnya ALLAH,mengurniakan manual atau buku panduan hidup kepada umat manusia supaya tidak tersasar daripada jalan yang benar namun masih ada segelintir yang menolak panduan yang telah diturunkan ALLAH.Sahabat sekalian,peganglah bersungguh sungguh akan dua perkara ini moga moga kalian tidak tergelincir dari landasan yang benar sehingga ke akhir hayat kalian yakni AL-QURAN dan sunnah junjungan besar baginda MUHAMMAD S.A.W.
 
Oleh: Muhammad Nasiruddin Bin Abu Bakar.