KENALI PMIM

Persatuan Mahasiswa Islam Masterskill atau akronimnya PMIM merupakan salah sebuah persatuan berdaftar yang akan menaungi semua mahasiswa dan mahasiswi Islam di Masterskill University College of Health Sciences (MUCH). 

PMIM juga merupakan sebuah persatuan yang sentiasa menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dasar.


OBJEKTIF:
  1. Sebagai modus operandi gerakan dakwah dan Islamiah dikalangan pelajar MUCH.
  2. Mengatur dan melaksanakan aktiviti-aktiviti serta program keagamaan.
  3. Membentuk kesepaduan dan keterlibatan antara pelajar MUCH.
  4. Membina medium dan perantaraan untuk menyuburkan gerakan dakwah.
 VISI:

Menyebar dan memberikan kefahaman tentang Islam serta menjaga kebajikan pelajar Islam melalui konsep amar makruf dan nahi mungkar

MISI:
  1. Mengimarahkan komuniti dakwah dikalangan muslimin dan muslimat.
  2. Bersama memakmur dan memeriahkan aktiviti dakwah.
  3. Memantapkan akidah dan pegangan iman
  4. Mencegah kemungkaran dan memupuk semangat benci maksiat. 
  5. Mengukuhkan saf perjuangan dan persaudaraan sesama muslim dan semua pelajar tanpa perbezaan. 
  6. Mengamalkan sifat tolong-menolong dan menjaga kebajikan dalam bersaudara.

Perlembagaan Persatuan Mahasiswa Islam Masterskill (MIM)

Fasal 1 - ahli persatuan

a.    Keahlian MIM adalah terbuka kepada semua pelajar Islam Kolej Universiti Sains Kesihatan
      Masterskill (MUCH).
b.   Menepati syarat-syarat keahlian seperti yang berikut :
i)                   Beragama Islam,
ii)                  Sedang mengikuti pengajian dalam apa-apa bidang di mana-mana kolej
                     pengajian MUCH,
iii)                 Tidak dikenakan apa-apa tindakan disiplin (kesalahan-kesalahan besar),
iv)                 Telah mengisi dan menyerahkan borang keahlian MIM,
v)                  Membayar yuran tahunan persatuan.
c.    Setiap ahli akan dikenakan yuran tahunan sebanyak RM 2.00 setahun atau RM 4.00 untuk sepanjang pengajian.
d.   Setiap ahli diwajibkan hadir pada mesyuarat agung tahunan/tergempar melainkan atas sebab-sebab yang munasabah.
e.    Setiap ahli digalakkan dan dialu-alukan untuk menyertai, melibatkan atau menawarkan diri dalam setiap program yang dianjurkan.
f.    Ahli-ahli MIM yang berdaftar dan bergerak aktif dalam persatuan layak untuk memegang jawatan sama ada dilantik atau bertanding dalam pemilihan Majlis Tertinggi (MT) yang akan diadakan setiap setahun sekali.
g.    Pembatalan keahlian MIM akan berkuatkuasa secara serta merta atas sebab-sebab yang berikut:
i)                    Dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pentadbiran kolej,
ii)                   Digantung, diberhentikan atau tamat pengajian.

Fasal 2 - Majlis Tertinggi (MT)

a.  MT yang dipilih atau dilantik merupakan ahli MIM yang menepati syarat-syarat seperti  di fasal 1 (b) dan (f).
b.  Memiliki pointer/merit sekurang-kurangnya 2.5 bagi setiap semester pengajian.
c.  Menandatangani watikah perlantikan dan mengakui ikrar akujanji persatuan.
d. Yuran yang dikenakan adalah berbeza daripada yuran ahli (dikira secara bulanan). Yuran bulanan adalah sebanyak RM 1.00 (PTPTN) dan RM 3.00 (KKM atau tajaan swasta).
e.  Setiap ahli MT akan memegang jawatan selama setahun atau juga disebut sepenggal (melainkan ada usul dan mesyuarat tergempar yang dipersetujui oleh 2/3 ahli MT) bermula tarikh perlantikan sehingga Mesyuarat Agung dan Pembubaran (MA & P) diadakan.
f.   Perlantikan ahli MT ke jawatan presiden dan barisan exco adalah melalui rundingan sesama ahli MT yang telah dilantik dan dihadiri serta dipantau oleh penasihat MIM.
g.   Setiap ahli MT boleh terbatal atau terlucut daripada jawatannya melalui persetujuan 2/3 ahli MT yang lain di atas sebab-sebab yang berikut:
i)      Menghantar surat perletakan jawatan,
ii)     Melanggar disiplin kolej dan dikenakan tindakan disiplin,
iii)    Tidak menghadiri mesyuarat sebanyak 3 kali tanpa alasan dan sebab yang munasabah,
iv)   Tidak menjawab surat tunjuk sebab yang diserahkan oleh setiausaha persatuan dalam
       masa 7 hari sama ada secara bertulis atau lisan.
v)    Tidak mengemukakan rayuan dalam masa 15 hari setelah dilucutkan daripada memegang
        jawatan.
h.      Surat amaran akan diberikan melalui kaedah-kaedah yang berikut:
i)                    Surat amaran pertama   : kegagalan menghadiri mesyuarat dan kesalahan lain yang sepertinya (melakukan kesalahan sekali),
ii)                   Surat amaran kedua       : kegagalan menghadiri mesyuarat dan kesalahan lain yang sepertinya (melakukan kesalahan kedua kali),
iii)                 Surat tunjuk sebab          : kegagalan menghadiri mesyuarat dan kesalahan lain yang sepertinya (melakukan kesalahan ketiga kali),
iv)                 Surat perlucutan jawatan.

Fasal 3 - Mesyuarat MT

a.      Dijalankan setiap sebulan sekali.
b.     Mesyuarat bulanan adalah berbeza daripada mesyuarat perlaksanaan program, semakan dan muhasabah.
c.      Surat makluman dan agenda mesyuarat akan diberikan seminggu sebelum tarikh
        mesyuarat.
d.     Setiap ahli MT diwajibkan hadir melainkan disertai sebab-sebab ketidakhadiran
        yang dimaklumkan sebelum tarikh mesyuarat.
e.      Dipengerusikan oleh presiden atau timbalan presiden atau wakil yang dilantik.

Fasal 4 - Mesyuarat Agung dan Pembubaran (MA & P)

a.      Diadakan setiap tahun sekali.
b.      Semua ahli persatuan dan anggota MT diwajibkan hadir.
c.      Pembentangan keseluruhan dan laporan program sepanjang tahun oleh:
    i)                    Setiausaha,
    ii)                   Bendahari,
    iii)                 Timbalan Presiden bagi mewakili laporan daripada setiap biro MIM.
d.      Pembubaran dan penyerahan jawatan.

Fasal 5 - Pencalonan dan Pemilihan MT baru

a.     Pencalonan akan diadakan sebulan sebelum MA & P.
b.     Notis makluman akan ditampal seminggu sebelum tarikh pemilihan.
c.     Pemilihan akan dilakukan secara undian atau lantikan terus berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam fasal 2 (a) dan (b).
d.    Ahli MT lama boleh dilantik (oleh penasihat atau barisan MT baru) atau diundi
       semula untuk berkhidmat tidak melebihi 2 penggal.

Fasal 6 - Majlis Perlantikan dan Pembacaan Ikrar MT baru

a.       Diadakan serentak dengan MA & P.
     b.       Penyerahan watikah perlantikan dan pembacaan ikrar akujanji.