Assalamu'alaikum wrh wbt,
Kami ingin mewar-warkan kuliyah maghrib bersama ustaz azhar idrus bertempat di Masjid Asy-Syakirin, Gombak. Para pelajar yang berminat untuk hadir ke kuliyah ini diminta untuk berhubung dengan ahli jawatankuasa kami.
Monday, 23 April 2012
MUCH curriculum day
Assalamu'alaikum wrh wbt,
Kami ingin mewar-warkan tentang 'MUCH curriculum day' dimana Persatuan Mahasiswa Islam Masterskill turut membuka booth. Para pelajar dijemput untuk datang bagi memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan.
Masa: 10pagi-4petang
Tempat: Student rest area
Tarikh: 25 April 2012 (Rabu)
Antara aktiviti yang bakal dijalankan:
1. Jualan
2. Tayangan Video
3. Pendaftaran ahli
4. Dan lain-lain
Jom datang beramai-ramai!
Thursday, 12 April 2012
Meniru dalam peperiksaan
“Uih, panasnya!”, keluh Amin setibanya di rumah.
Jam menunjukkan pukul 6 petang. Lewat benar Amin tiba di rumah. Maklum sahaja, jalan raya petang-petang Ramadhan ini memang sibuk. Mengharungi lautan kereta memang menjemukan, tambahan pula di bulan puasa ini.
“Baik aku mandi dulu. Bagi segar sikit badan”, monolog Amin.
Sementara menanti waktu berbuka, anak muda ini masuk ke bilik air untuk menyegarkan tubuhnya yang lesu dan kepanasan.
“Arghhh… sedapnya”, Amin begitu menikmati siraman shower mandian beliau.
Tiba-tiba, gulp!
Air dari shower termasuk ke dalam mulut Amin. Air yang sejuk dan enak itu. Sudah berada di dalam mulutnya, di pinggir tekak yang kering, derita dan lesu dek bahang mentari Ramadhan.
“Rezekikah ini?”, tanya Amin kepada dirinya.
“Masakan bukan rezeki, kalau sudah duduk di dalam mulut!”, sambungnya lagi.
Tetapi Amin teringat, bahawa rezeki bukan hanya soal rezeki. Dalam hidup ini, apa yang dicari adalah REZEKI yang HALAL. Rezeki itu keperluan..bahagian untuk diri. Halal itu tujuan..hak Allah sebagai matlamat ibadah kita.
Amin tidak menelan air yang sudah separuh jalan menjadi rezekinya itu kerana air itu tidak halal. Amin berpuasa. Memang tiada siapa yang nampak kalau Amin menelannya sahaja. Tetapi Allah nampak. Jika Amin menipu, dia sebenarnya menipu Allah dan memperbodohkan dirinya sendiri!
sumber: ustaz hasrizal

Bagaimana jika di bilik peperiksaan?
Ditakdirkan, anda duduk di belakang pelajar terbaik. Soalan yang anda terima amat sukar untuk dijawab. Buntu fikiran mencari jawapannya. Tiba-tiba kertas jawapan pelajar terbaik itu terjuntai keluar dan terhidang di depan mata anda.
Apakah anda mahu menjamah ‘rezeki’ itu?
“Err, bukan aku cari, tapi dia datang!”, bijak hati berkata-kata mencari alasan.
Jika di dalam puasa, Amin dan anda tidak tergamak menjamah rezeki yang bukan hak diri, mengapa pula di bilik peperiksaan sikapnya berbeza? Mengapa jika ditelan air itu terasa bodoh, tetapi jika ditiru jawapan pelajar terbaik itu, boleh terasa pandai pula?
Bahkan apabila masuk ke alam pekerjaan, mengapa kita hilang sensitiviti terhadap rezeki? Puasa tak sanggup tipu Tuhan, tapi kalau hasil kerja, biasalah!
Inilah penyakit kita. Penyakit ‘kumpulan pemisah’ yang memisahkan antara solat dan puasa dengan peperiksaan dan kerja. Antara bilik darjah dan masjid rumah Allah. Seolah-olah selesai solat subuh semasa melipat sejadah kita berkata, “Ok Allah, jumpa lagi zohor nanti ya!”. Terlipat sejadah, selesai hubungan dengan Allah SWT.
Ia adalah cabang paradigma sekularisma.
Kelakuan seperti ini sudah menjadi suatu kebiasaan sehingga ia semacam sudah tidak relevan untuk disebut. Bahkan yang sanggup bersusah payah kerana enggan meniru itu pula yang dianggap ganjil dan tidak normal.
Meniru sudah jadi kebiasaan sehingga ia melekat sebagai tabiat kepada sesiapa sahaja. Yang beragama, yang biasa-biasa, pelajar bidang agama atau apa sahaja, meniru sudah secara senyapnya diterima.
“Barangsiapa yang tidak berlaku jujur (meniru) maka bukanlah (dia itu) dari kalangan kami”
[Hadith riwayat Al-Bukhari]
Huku meniru dalam peperiksaan adalah sudah jelas. Mengambil manfaat dari usaha orang lain itu adalah kebatilan yang dicegah Islam di dalam konteks muamalah kita sesama manusia.
sumber: ustaz hasrizal
Monday, 9 April 2012
Program2 MIM dari bulan Januari-April
Assalamu'alaikum wrh wbt,
Kami dengan rendah diri memohon maaf kerana telah lama tidak meng'update' blog ini kerana terdapat beberapa kekangan. Sedikit-sebanyak, ini yang dapat kami kongsikan kepada semua..
Antara program2 yang telah dijalankan:
1. Rehlah di Sg Congkak dan Gotong-Royong di Hulu Langat pada 8 Februari 2012.
2. Jualan Buku Keluaran Syarikat PTS dan Ceramah Buku oleh Ust Rohidzir Rais di Main Campus dan Surau Nurul Hidayah Tmn Kemacahaya pada16&17 Februari 2012 juga jualan buku PTS yang diadakan di campus Mahkota Cheras pada 22&23 Februari 2012.
3.Lawatan ke Putrajaya sempena Expo Buku Islam pada $ Mac 2012.
4. Kelas Tauhid bersama mualaf setiap 2 minggu sekali pada hari ahad yang dipimpin oleh Ustz Salman. Kleas tauhid dibuat di hostel pelajar.
5. Kuliyah Magrib bersama Ustaz Azhar Idrus di Masjid asy-shafie Taman Maluri pada 25 Mac 2012.
6. Rehlah bersama mualaf di Sungat Tekala, Hulu Langat pada 1 April 2012.
7. Sambutan Maulidur rasul perdana bersama Habib Ali di Putrajaya
Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah memberi kekuatan pada kami bagi menggerakkan Islam di bumi Masterskill. Semoga program-program ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah swt. InsyaAllah.

![]() |
Rehlah sambil buat pengisian. |
![]() |
Gotong-royong bersama penduduk kampung darul hidayah. |
2. Jualan Buku Keluaran Syarikat PTS dan Ceramah Buku oleh Ust Rohidzir Rais di Main Campus dan Surau Nurul Hidayah Tmn Kemacahaya pada16&17 Februari 2012 juga jualan buku PTS yang diadakan di campus Mahkota Cheras pada 22&23 Februari 2012.
![]() |
Antara pelajar yang berkunjung di gerai kami. |
![]() |
Buku-buku PTS yang mendidik jiwa. |
![]() |
Ceramah bersama Ustz Rohidzir Rais |
![]() |
Sebahagian dari muslimat yang hadir untuk ceramah buku. |
![]() |
Jualan buku di Campus Mahkota Cheras. |
![]() |
Sedang beratur untuk bayar buku :) |
3.Lawatan ke Putrajaya sempena Expo Buku Islam pada $ Mac 2012.
4. Kelas Tauhid bersama mualaf setiap 2 minggu sekali pada hari ahad yang dipimpin oleh Ustz Salman. Kleas tauhid dibuat di hostel pelajar.
![]() |
Ustaz Salman bersama anaknya, Abdurrahman. |
5. Kuliyah Magrib bersama Ustaz Azhar Idrus di Masjid asy-shafie Taman Maluri pada 25 Mac 2012.
![]() |
Anatara pelajar yang hadir. |
![]() |
Bersama Ustaz Azhar Idrus. |
6. Rehlah bersama mualaf di Sungat Tekala, Hulu Langat pada 1 April 2012.
7. Sambutan Maulidur rasul perdana bersama Habib Ali di Putrajaya
![]() |
Ulamak yang hadir. |
![]() |
Pelajar-pelajar yang hadir. |
Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah memberi kekuatan pada kami bagi menggerakkan Islam di bumi Masterskill. Semoga program-program ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah swt. InsyaAllah.
Tuesday, 14 February 2012
jOm2 ke majlis ilmu dan jualan buku.
Assalamu'alaikum wrh wbt,
Kami ingin menjemput semua warga Masterskill untuk sama-sama mengimarahkan majlis ilmu dan jualan buku pada hari khamis dan jumaat ini. Info lengkap boleh didapati pada iklan di bawah ^_^
Kami ingin menjemput semua warga Masterskill untuk sama-sama mengimarahkan majlis ilmu dan jualan buku pada hari khamis dan jumaat ini. Info lengkap boleh didapati pada iklan di bawah ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)