Monday, 11 April 2011

Ayah, ibu.

"Assalamu'alaikum, abah. Abah sihat? Nie Syifa', abah ingat tak? Syifa' minta maaf sebab dah lama tak hubungi abah. Abah, Syifa' sayang abah walaupun setelah apa yang abah dah lakukan. Syifa' hanya harapkan abah akan berubah kerana Allah."
Mesej delivered sambil linangan air mata mengalir menjadi bukti atas kasih seorang anak pada sebujur tubuh yang mempunyai title 'abah'.

Tanpa dipinta kenangan lalu menerjah kembali mengacau fikiran Syifa' yang cuba untuk menerima ketentuan Allah yang penuh hikmah dalam ujian-Nya. Mengingatkan saat hidup dalam gelap bersuluhkan cahaya bulan di malam hari dan berkipas angin sepoi-sepoi di siang hari menambahkan sebak di hati Syifa'. Sungguh hanya kecil ujian itu dibanding nikmat kesihatan yang diberi dan nikmat-nikmat lain yang Allah pinjamkan, hanya sekadar memiliki hati seorang manusia maka terciptalah air mata sedih dan sayu dalam mengucap syukur ke hadrat Illahi.

Bippp...!!! Bunyi mesej dari handphone milik Syifa'. Terpaparlah satu mesej yang meenguji hati Syifa' untuk percaya atau tidak. "Syifa'. Mestilah abah ingat. Syifa' ada kat mana sekarang? Syifa', abah dah berubah. Abah selalu ke surau."

"Ahhh, hati kenapa kau perlu sangsi. Mustahil ke kalau betul abah dah berubah. Apa yang perlu kau ragui wahai hati, bukankah kau yang selalu cakap, hidayah Allah diberi pada semua hamba-Nya tinggal kita sahaja yang mahu atau tidak untuk menerimanya."
Monolog Syifa' sendirian bilamana mesej dari abahnya dibaca.

Namun, bukan ketidakpercayaan pada abahnya tetapi entah mengapa setiap peristiwa dan perkara yang berlaku dahulu tidak henti-henti bermain-main di fikiran Syifa'. Dahulu berpuluh-puluh kali jua pernah abah Syifa' mengucap kata taubat sehingga sanggup bersumpah dengan al-Quran jua, namun hasilnya tetap sama. Kata taubat hanya singkatan kepada 'TAHU BUAT'. Hati manakah yang boleh mempercayai andai sudah 1001 kali kata insaf dilafaz namun tiada perubahan pernah dilakukan.

Wahai air mata, mengapa engkau tidak henti untuk tetap mengalir bagai sungai yang mengalir sehingga menjumpai laut dihujungnya. Syifa' terus menurus membelai lembut dadanya untuk menguatkan hatinya.

"Tak pe lah ye, kita makan ikin bilis goreng nie sorang sikit ye. Alhamdulillah sekurang-kurangnya kita masih ada makanan untuk dimakan, kan. Tak pe lah, biarlah abah korang nak buat kat kita macam nie, InsyaAllah Allah tahu segalanya dan semestinya Dia tak kan uji kita kalau kita nie tak mampu, kan."
Nasihat seorang ibu yang hanya menguatkan diri di depan anak-anaknya agar tiada yang lemah dan gagal dalam ujian kehidupan ini. Inilah jua kata-kata yang terlafaz dari hati seorang ibu 6 tahun yang lalu.

Syifa' membiarkan mesej abahnya tidak berbalas bukan untuk menunjuk rasa tidak puas hatinya tetapi kerana dia sendiri tidak tahu ayat seterusnya untuk dikatakan, sama ada untuk bertanya khabar atau ingin berlagak gembira seolah-olah abahnya bukanlah seorang abah yang telah mengabaikan tangungjawab sebagai seorang ayah dan suami selama hampir 26 tahun lamanya, ataupun untuk berlakon seolah-olah abahnya hanya pergi sementara untuk mencari nafkah untuk keluarga walhal kenyataannya teramatlah pahit.

Dalam diam dan dalam tangis, Syifa' berkata, "Abah, walau abah tidak pernah mengajar saya erti solat dan hidup dalam beragama Islam, namun saya tetap bersyukur kerana dengan hal itu, saya berusaha untuk mencari sendiri identiti ISLAM yang telah abah daftarkan dalam kad pengenalan saya dan sijil lahir saya sejak saya mula membuka mata melihat dunia yang nyata tetapi pedih ini. Abah, hanya saya mengharap satu dan sentiasa saya bawa dalam saya untuk abah, semoga abah berubah dan menemui pengakhiran hidup dalam kebaikan."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Duhai sahabat, bukan saya ingin mengetengahkan kisah seorang ayah yang tidak bertanggungjawab tapi saya ingin bawa sahabat dan saya untuk tahu, tiada satu pun perkara yang memberikan kita lesen untuk menderhaka kepada mereka sebagai ibu dan ayah kita. Tiada alasan walau mereka pernah mengabaikan kita sebagai anak selagi mana mereka tidak memaksa kita untuk menderhakai Allah. Walhal sekalipun mereka meminta kita untuk meninggalkan Islam dan berlapaling dari Islam kita jua tidak boleh untuk menderhaka pada mereka.

Teringat saya pada kisah sahabat Mus'ab yang kaya raya namun tinggalkan segalanya demi Islam yang yakin kebenaranya. Walau ditentang oleh si ibu namun tiada pernah diri seorang Mus'ab untuk menderhakai ibunya. Kita?

"dan kami perintahkan agar manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah." [al-ahqaaf:15]
 

Mawaddah wa rahmah


 

No comments:

Post a Comment