Wednesday, 18 May 2011

Kelas arab & Qiamullail

Assalamualaikum wrh wbt,
kelas bahasa arab yang seterusnya adalah seperti berikut:

Hari : Khamis 19 mei 2011
Vanue : Auditorium
Masa : 5pm - 6pm

Dijemput semua untuk hadir untuk memperoleh ilmu yg cukup bermanfaat ini.

Untuk pengetahuan semua, kelas ini akan berlangsung setiap minggu sebanyak 2 kali (Selasa Dan Khamis)

Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi saudara Ilham 0132227967.
 
Di samping itu, muslimin dan muslimat turut dijemput hadir ke program qiamullail dan jamuan perpisahan salah seorang kakitangan (STAD) pada hari ini, 19 mei 2011, selepas solat maghrib yang bertempat di surau MUCH.
 
Kehadiran muslimin dan muslimat amat dialu2kn.
 
 

Monday, 16 May 2011

Kelas bahasa Arab

Assalamu'alaikum wrh wbt

Berita baik untuk Antum Semua!

Esok, bagi  sesiapa yang telah berdaftar/ belum berdaftar dan berminat untuk mengikuti KELAS BAHASA ARAB, boleh menghadirkan diri pada kelas pertama akan berlangsung pada :

Hari : Selasa ( 17 May 2011 ) 

Masa : 5pm - 6pm  

Tempat : Berkumpul di LHG 02

Yuran : Percuma 

Kelas ini berlangsung setiap minggu pada hari Selasa dan khamis pada waktu yang sama.

Sedikit perkongsian :

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Al-Qur’an yang dibaca dengan Bahasa ‘Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.”Surah Yusuf:2)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam:
“Bacalah Al-Qur’an! Kerana sesungguhnya Al-Qur’an itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafaat bagi pembacanya.”  (Hadith Riwayat Muslim)

Imam Hassan Al-Banna, pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin, di dalam wasiat sepuluhnya pernah menyebutkan:
“Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur di dalam Bahasa ‘Arab yang betul kerana Bahasa ‘Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.”

 

Marilah kita sama-sama mengimarahkan majlis ilmu ini , moga mendapat barokah dari Allah S.W.T . Kehadiran anda semua amat dialu-alukan. Jika ada sebarang perubahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saudara Ilham 013-2227967..sekian syukran :-)