Monday, 16 May 2011

Kelas bahasa Arab

Assalamu'alaikum wrh wbt

Berita baik untuk Antum Semua!

Esok, bagi  sesiapa yang telah berdaftar/ belum berdaftar dan berminat untuk mengikuti KELAS BAHASA ARAB, boleh menghadirkan diri pada kelas pertama akan berlangsung pada :

Hari : Selasa ( 17 May 2011 ) 

Masa : 5pm - 6pm  

Tempat : Berkumpul di LHG 02

Yuran : Percuma 

Kelas ini berlangsung setiap minggu pada hari Selasa dan khamis pada waktu yang sama.

Sedikit perkongsian :

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Al-Qur’an yang dibaca dengan Bahasa ‘Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.”Surah Yusuf:2)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam:
“Bacalah Al-Qur’an! Kerana sesungguhnya Al-Qur’an itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafaat bagi pembacanya.”  (Hadith Riwayat Muslim)

Imam Hassan Al-Banna, pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin, di dalam wasiat sepuluhnya pernah menyebutkan:
“Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur di dalam Bahasa ‘Arab yang betul kerana Bahasa ‘Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.”

 

Marilah kita sama-sama mengimarahkan majlis ilmu ini , moga mendapat barokah dari Allah S.W.T . Kehadiran anda semua amat dialu-alukan. Jika ada sebarang perubahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saudara Ilham 013-2227967..sekian syukran :-)

No comments:

Post a Comment